Saturday, May 30, 2009

===Al- Fatihah buat ARWAH abang Mud===

==Jam 4.40 pagi aku terima msg mak kt kg,,mak msg aku"fizah abang mud dah meninggal",aku terus terkejut..aku tak sangka cepatnya dia pergi meninggalkan kami semua..tanggal 29 mei 2009 jam 4.00 pg dia telah dijemput yang Maha Esa yang lebih menyayanginya dan meninggalkan keluarganya..Dia mengikut juga jejak abahku,adiknya,mak dia(wa aku),abangnya yang juga baru tahun lepas pergi untuk selama-lamanya..Tak sangke masa aku balik hari 2 je kali terakhir aku jumpa dgnnya..tapi aku bersyukur sebab masa aku balik hari 2,aku sempat g melawat dia yang dah sakit ckt2..tapi dia tetap tabah,,walaupun dalam keadaan sakit dia tetap teringat kt bendang n kelapa sawit dia..dia dikenali dgn sifat rajin,lebih kurang mcm abah aku..walaupn sakit keja tetap diutamakan..bila dia rasa chat ckt dia akan g bendang atau kebun kelapa sawit dia...Kalau g tgk sawah dia,,mmg susah la nak tgk rumput atau lalang yang menyemak dalam bendangnya 2...memang dia rajin sgt2 la..hari 2 , masa aku g melawat dia,kcian sgt..bdn dia dah kurus,dh xlalu nak mkn,dia suruh anak dia wat colek sebab nak nyicah buah pelam muda,dia kt dia pahit mlt...tapi satu pinggan buah pelam 2 dia makan..ms 2 dia ad cakap..teringat la kt bendang,,nak p tapi tak larat..nak suruh depa semua,tapi depa tak reti nak tgk mn satu lalang atau padi,maksudnya dia nak g keja tapi tak larat sgt nk pg ,nak suruh isteri dia,,isteri dia xtaw nak cabut yang mana lalang..tgk lebih kurang je padi dgn lalang..anak2 dia plak kcek2 lg..yang sulung baru 19 duk blaja kat shah alam kot,,aku pun tak pasti sgt..tapi yang aku taw sebagai nurse la..anak dia yang kedua 2..baru tingkatan 5..nak ambik spm thn ni..tapi nizam mmg pandai selalu dapat keputusan cemerlang ms peksa..yang len semua sek rendah lg,yang kecek sekali baru 4 tahun..kiranya isteri dia,k.gayah lagi sedih daripada mak aku walaupn dalam situasi yang sama,sekurangnya mak aku ada jgk anak yang dah bekerja ms abah aku meninggal hari 2..tapi ni kan dah ketentuan Allah,,kita kena terimanya dgn tabah..salam takziah aku ucapkan kt family kak gayah..Aku terkejut juga,ptg aku g melawat dia 2..aku nampak dia lalu ikut depan umah aku nak p kebun kelapa swit dia,,sedangkan dia sakit..ermm mmg jenis tak reti nak duk diam..asal chat ckit mst nak wat keja..kalau tak, tak la dia selalu dapat tak de la padi yang di usahakan dapat berbelas-belas tan walaupn bapa ekar je sawah dia 2..mmg padi yang di usahakan dijaga dgn baik..ada je lalang terus dia cabut...tapi skrg..dah xde pewaris yang blh meneruskan titik peluh dia 2..mgkin lpas je musim padi kali ni,,kak gayah akan pajak je tanah bendang 2 untuk org wat,mcm mak ak la jgk,,pas abah xde mak sewa bendang kitorang kt kenalan abah,,sebab kitorang tak pandai sgt nak usahakannya...family abang mud mmg ad sakit kencing manis,penyakit keturunan..mmg bahaya kan bila ahli keluarga kita mghidap sakit kencing manis,bln 12 tahun 2007 adik dia meningal sebab kencing manis jgk,,pas 2 ,bln3 2008 wa aku(mak dia) plak pergi ikt jejak adiknya..bln 4 2008 xsampai sebln wa aku g..abang Dun aku(abang dia) plak pergi menemui ilahi...dan tahun ni,,29.5.2009,dia palak pergi menemui ilahi ...dalam 3 tahun berturut ni semua 2 berlaku dgn pantas..abah aku pergi pn dalam ms 3 tahun ni jgk..setiap kali aku mendgr berita pemergiaan diorag mesti waktu ak sedang di alam mimpi n duk dkt ganu ni...aku tak leh melihat jenazah diorang..Alhamdulillah ,masa abah aku pergi aku berada disisinya ...syukur sgt aku diberi peluang melayan abah aku disaat akhirnay..masih ingat lagi diingatanku pagi 12.2 .09..suasana menyedihkan..bila dgar saja berita kematian,,mst terkenang kembali ahli keluarga kita yang pergi untuk selama-lamanya...selepas mak aku bg msg pagi jumaat hari 2..aku terus tak leh nak tido..selalu susah betul aku nak bngn...dgn hati yang berani aku kuar jgk g ambil wuduk..wktu 2, rmate aku xde,,g rumah sha dgn along,,fizai plak blik..tgl aku dgn nani je..aku ketuk bilik sebelah ,bilik nani tapi dia mgkin tak dgar kot..maklum la baru kul 5,,sape la nak bngn pagi2 mcm ni..aku dgn terhendap2 kuar gak g ambik wuduk..sunyi je pagi 2...seram la jgk..Alhamdulillah selamat jgk aku..xde orang cekup..hehe dalam minda sebenarnya aku lebih takut org daripada hantu..lepas ambik wuduk aku pn terus membacakan surah yasin untuk disedekahkan kepada arwah abang mud aku...mmg sayu sgt..setiap kali membaca yasin mesti terkenang arwah abah...aku tak blh lelap sampai pg..awal betul aku sembahyang subuh pg 2..kul 5.3o subuh masuk terus aku sembahyang...hehe ,sebelum ni nak dkt kul 7 baru sembahyang...apa la aku ni..kenenya tak diberi peluang dah padan muka aku..suka sgt melewatkan sembahyang...kul 7 lbh aku terlelap semula...nani dah menjerit2 suruh aku bangun...hehehe..dia dah siap sapu sampah 2 3 kali,,aku duk lg atas katil...duk terkenang arwah sama...sedih rasa...Tapi kita yang msh hidup kena la tabah n berdoa untuk mereka yang dah tiada kan...Semoga arwah abang mud ditempatkan bersama-sama orang yang ber iman...Al-Fatihah buat insan2 yangku sayanggi..Amin.

Wednesday, May 27, 2009

==Salam TeraKhir SahABAT uDM==

wat sahabat-sahabat aku kt udm yang paling aku rapat n sayangi..fizai,jann,sha,nani ,along,n geng peja aku nak minta maap byk2 kat korang klau selama ni aku byk menyakiti hati korang...aku ni bknlah insan yang sempurna,so mesti byk kata2 aku yang menyakiti hati korang..ada aku wat posting pasal korang semua adalah untuk kenangan kita semua tapi sekiranya korang terasa hati or xberpuas hati,aku minta maap byk2..pasni aku takkan wat posting pasal kita semua lg..mungkin ni yg terakhir..lg pn dah minggu akhir dicni..kita dah tak jumpa dah kn lepas ni..hnya kenangan yang mengingatkan kita semua..pasti xtaw la blog aku ni diupdate ke tak..maklum la aku bkn rjin sgt nk g cc..aku harap korang tak marah aku letak gambar korang..sory semua.Salam Terakhir wat semua sahabatku yg mengangap aku sahabat mereka..salam kemaafan..minggu depan berpisahla kita semua..panjang umur mungkin kita akn berjumpa lg..wassalam

Sunday, May 24, 2009

===RoMboNGan Ke PaSAr MaLam Pak TUyu===


ni masa nak pi pasar malam..sampai sekerat jln berenti jap nak posing...

oRg selalu wat rombongan g jln2 kt jauh..kitorg pn nak la wat rombongan gak,biar la wat rombongan g pasar malam kat pak tuyu 2 jer..hehehe..bkan apa nak la joging ptg2 khamis..konon la..hari len pas blik kls trs bum atas katil jer..hari khamis hari 2 semua pakat nak g pasar malam ,so kitorang pn pakat la ramai2 g jalan kaki ke pasar malam..ada la sampai sederet jalan asyik berenti jer..sebab tak penah lagi p pasar malam pak tuyu jalan kaki...org 2 adala tapi xyah la bgi taw kt cni..hehe..seperti biasa aku dgn geng aku ni giler gambr, so sepanjang jln duk posing dulu..maklum la xjd artis pn ,nak la jgk bergambar sakan..haha,biar muka mcm ap pn,,xksah la,janji leh bergambar...ad muka ngantuk pun ada jgk..selamat tak tidoq tgh jln je..huhu..Tapi ni la kenangan kami bersama-sama untuk khusus linux ni g pasar malam jaln kaki beramai-ramai..best ooo..bknnya dkt taw tapi tabik la sampai jgk semua org..hehe
ni aku nak tunjuk la gmbr-gambr kami yg mcm gaya...nak tgk tak..jom la kita ygk sama-sama...




3 dara pingitan..hehe.



haha..ni giliran aku dgn rumate aku control ayu 2..hehe



posing jgn tak posing...byk membeli 2..


cepat-cepat kita lwn sapa pling byk..hehe..rumate2 pn nak berlawan jgk ....meriahnya la pertandingan cari buah ceri..huhu

haha..tgk la muka-muka kelaparan nk mkn buah ceri...semangat 2 duk ambik buah ceri..tambah-tambah yang baju wane htam 2..sungguh 2..



ni la gelagat kitorg semua..ni masa dah nak blik dah ni....sempat lg posing 2..tgk la rumateku itu comel kan..hehe






Tuesday, May 19, 2009

wanita>>>>mata>>bantal>>warna>>

Wanita dan Mata

Mata Kecil

Wanita mata kecil di dapati peramah, banyak mulut, kurang pertimbangan. Awas! Kaum Adam boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya! Periang tapi bila mara, sukar nak pujuk!

Mata Sedang

Mungkin macam saiz kacang almond! Wanita bermata almond tak banyak berahsia, bertanggungjawab, sikap bertimbang rasa. Sering perlukan belaian mesra dan manja!

Mata Lebar

Yang ini kuat berahsia. Kurang cergas, pemarah, bertindak tanpe fikir panjang. Tak menentu, kurang teratur, tiada arah tujuan dan mudah putus asa. Tapi mereka setia!

Mata Berkedip

Memaafkan dan mudah di bawa berbincang, memahami dan penyabar.

Mata Cengkung

Anda materialistic, banyak ungkapan kata manis tapi tak pernah di tepati.

Mata Bulat

Walaupun mata besar tapi mereka bersifat baik dan tabah. Menyenangkan, mudah ikut kata.

Wanita dan Bantal

Watak wanita juga dapat di kenali melalui cara tidur menggunakan bantal. Ada yang gemar tidur tanpa bantal, ada yang suka berbantal peluk dan ada pula yang bertabiat suka letakkan bantal bawah kaki. Pakar menilaikan sifat wanita berdasarkan beberapa cara:-

Memeluk Bantal Wanita yang gemar memeluk bantal ketika tidur biasenya berjiwa seni. Meminati dalam arena sastera, muzik dan menghargai lukisan. Berprasaan halus dan berjiwa romantik. Kadang kala boleh menghuraikan maksud mimpi mereka. Bersopan santun dan cenderung untuk memiliki badan yang langsing jika berkemampuan.

Menggunakan Bantal Lebih Dari 1

Kategori ini di anggap tak mempunyai keyakinan diri, memerlukan banyak pendamping atau teman-teman agar dapat di hiburkan. Sukar membuat keputusan sendiri dan sebaliknya suka mendapatkan pandangan orang lain.Tak pandai berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.

Tidur Dengan 1 Bantal

Bijak berfikir dan tak suka mengada-ngada. Boleh menerima hakikat yang sebenarnya!

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Tak gemar bergaul-anti social. Bersifat egois. Malas beruseha dan mempunyai sifat kurang baik.

Tidur Tanpa Bantal

Positif! Mempunyai sifat percaya diri yang boleh bertukar menjadi egoistic. Terlalu konfiden dan mudah memandang rendah padd org lain.

Wanita dan Warna

Akhir skali, pendirian wanita turut dapat di nilaikan melalui warna kegemaran mereka. Apakah tafsiran warna yang sebenarnya?

Merah

Hapi-Go-Lucky! Berani, tegas dan mempunyai perndirian sendiri.

Biru

Setia pada pasangan, pandai berjimat, suka berterus-trang, jujur, cekap dan mudah memaafkan.

Ungu

Pemurah hati, tak suka di printah, berinisiatif, bijak tapi ada masanya terlalu beremosi.

Kelabu

Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak.

Kuning

Gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

Putih

Bersih fikirannya, tak crewet, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, pramah, sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup bertawakal.

Hijau

Segar, suka pada kebahgiaan, tak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

Hitam

Suka menyendiri, perhatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tak mudah di pengaruhi, kuat berfikir,setia pada pasangan, baik hati tapi akan cepat tersinggung.

Coklat

Kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

Ok, tak kiralah sama ada anda tergolong dalam kategori wanita yang bermata kecil, sedang atau berkedip, suka berbantal atau tak, gemar warna hitam, putih atau kelabu. Pada pendapat aqim, kaum Hawe di cipta dengan keistimewaan yang tersendiri. Kecantikan wanita yang sebenarnya bukan terletak pada kehalusan wajahnya, tapi jiwa dan hati nalurinya. Didikan agama paling penting. Betull tak? Dari situlah kecantikan akan menyerlah sepanjang hayat.

==Kenali Diri Dan Pasangan Dari Tarikh Lahir==

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam
asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului
dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak
pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia
yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan
orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan
dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda
ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em….bagus! Anda suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and
perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda
juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam
muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang
keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda
boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda
juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda
adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama
dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah
keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat
pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan
dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja
keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan,
kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang
itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta
di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia
ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang
rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah
tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda
kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan
menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun
anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara
hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan
kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan
minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang
yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2,
9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai
dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati
(tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa
yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda
mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan
mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan
mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu
panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali
sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang
bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.. Anda juga
mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan
anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa
anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang
disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah
membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima
cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda
selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah
semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain
percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

= Rahsia DiSebalik Warna - Kenali watak melalui warna =

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?

Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

  1. MERAH
  2. HIJAU
  3. KUNING
  4. BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.

Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.


Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

  • MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

  • BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

  • KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

  • HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

  • KELABU & HITAM

1. KELABU :
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

  • COKLAT & UNGU

1. COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif

Kenali lah diri anda yer....

Saturday, May 16, 2009

===KurSuS LinuX===

hai jumpa semula kt udm,korang semua chat tak? semua nampak happy belaka...maklum lah jumpa semula untuk 15 hari lagi ni...ni hari first kursus linux, tak tau la apa lagi program yang kami kena ikuti...k la aku tak taw nak karang apa la,tapi dalam masa ni aku harap aku dapat banyak ilmu yang boleh aku tambah untuk alam perkerjaan aku nanti...Lepas habis ni xtaw la dapat sambung belajar ke tak..aku rasa kalau aku dapat tawaran kerja ,aku kerja dulu kot..mak aku pun harap aku kerja sebab leh tolong mak aku dulu...kalau nak sambung belajaq kena pinjam duit ptptn lagi,2 yang susah 2,aku bukannya orang kaya pn ,xpayah pinjam duit,nak dapat biasiswa susah plak sebab aku punya result tak la ok sangat.Minta-minta la ,pasti leh dapat keja leh la aku tolong mak aku...kalau xde rezeki aku belaja la dulu..kUrSuS ni pun dapat bagi byk input kt aku nanti..