==Jam 4.40 pagi aku terima msg mak kt kg,,mak msg aku"fizah abang mud dah meninggal",aku terus terkejut..aku tak sangka cepatnya dia pergi meninggalkan kami semua..tanggal 29 mei 2009 jam 4.00 pg dia telah dijemput yang Maha Esa yang lebih menyayanginya dan meninggalkan keluarganya..Dia mengikut juga jejak abahku,adiknya,mak dia(wa aku),abangnya yang juga baru tahun lepas pergi untuk selama-lamanya..Tak sangke masa aku balik hari 2 je kali terakhir aku jumpa dgnnya..tapi aku bersyukur sebab masa aku balik hari 2,aku sempat g melawat dia yang dah sakit ckt2..tapi dia tetap tabah,,walaupun dalam keadaan sakit dia tetap teringat kt bendang n kelapa sawit dia..dia dikenali dgn sifat rajin,lebih kurang mcm abah aku..walaupn sakit keja tetap diutamakan..bila dia rasa chat ckt dia akan g bendang atau kebun kelapa sawit dia...Kalau g tgk sawah dia,,mmg susah la nak tgk rumput atau lalang yang menyemak dalam bendangnya 2...memang dia rajin sgt2 la..hari 2 , masa aku g melawat dia,kcian sgt..bdn dia dah kurus,dh xlalu nak mkn,dia suruh anak dia wat colek sebab nak nyicah buah pelam muda,dia kt dia pahit mlt...tapi satu pinggan buah pelam 2 dia makan..ms 2 dia ad cakap..teringat la kt bendang,,nak p tapi tak larat..nak suruh depa semua,tapi depa tak reti nak tgk mn satu lalang atau padi,maksudnya dia nak g keja tapi tak larat sgt nk pg ,nak suruh isteri dia,,isteri dia xtaw nak cabut yang mana lalang..tgk lebih kurang je padi dgn lalang..anak2 dia plak kcek2 lg..yang sulung baru 19 duk blaja kat shah alam kot,,aku pun tak pasti sgt..tapi yang aku taw sebagai nurse la..anak dia yang kedua 2..baru tingkatan 5..nak ambik spm thn ni..tapi nizam mmg pandai selalu dapat keputusan cemerlang ms peksa..yang len semua sek rendah lg,yang kecek sekali baru 4 tahun..kiranya isteri dia,k.gayah lagi sedih daripada mak aku walaupn dalam situasi yang sama,sekurangnya mak aku ada jgk anak yang dah bekerja ms abah aku meninggal hari 2..tapi ni kan dah ketentuan Allah,,kita kena terimanya dgn tabah..salam takziah aku ucapkan kt family kak gayah..Aku terkejut juga,ptg aku g melawat dia 2..aku nampak dia lalu ikut depan umah aku nak p kebun kelapa swit dia,,sedangkan dia sakit..ermm mmg jenis tak reti nak duk diam..asal chat ckit mst nak wat keja..kalau tak, tak la dia selalu dapat tak de la padi yang di usahakan dapat berbelas-belas tan walaupn bapa ekar je sawah dia 2..mmg padi yang di usahakan dijaga dgn baik..ada je lalang terus dia cabut...tapi skrg..dah xde pewaris yang blh meneruskan titik peluh dia 2..mgkin lpas je musim padi kali ni,,kak gayah akan pajak je tanah bendang 2 untuk org wat,mcm mak ak la jgk,,pas abah xde mak sewa bendang kitorang kt kenalan abah,,sebab kitorang tak pandai sgt nak usahakannya...family abang mud mmg ad sakit kencing manis,penyakit keturunan..mmg bahaya kan bila ahli keluarga kita mghidap sakit kencing manis,bln 12 tahun 2007 adik dia meningal sebab kencing manis jgk,,pas 2 ,bln3 2008 wa aku(mak dia) plak pergi ikt jejak adiknya..bln 4 2008 xsampai sebln wa aku g..abang Dun aku(abang dia) plak pergi menemui ilahi...dan tahun ni,,29.5.2009,dia palak pergi menemui ilahi ...dalam 3 tahun berturut ni semua 2 berlaku dgn pantas..abah aku pergi pn dalam ms 3 tahun ni jgk..setiap kali aku mendgr berita pemergiaan diorag mesti waktu ak sedang di alam mimpi n duk dkt ganu ni...aku tak leh melihat jenazah diorang..Alhamdulillah ,masa abah aku pergi aku berada disisinya ...syukur sgt aku diberi peluang melayan abah aku disaat akhirnay..masih ingat lagi diingatanku pagi 12.2 .09..suasana menyedihkan..bila dgar saja berita kematian,,mst terkenang kembali ahli keluarga kita yang pergi untuk selama-lamanya...selepas mak aku bg msg pagi jumaat hari 2..aku terus tak leh nak tido..selalu susah betul aku nak bngn...dgn hati yang berani aku kuar jgk g ambil wuduk..wktu 2, rmate aku xde,,g rumah sha dgn along,,fizai plak blik..tgl aku dgn nani je..aku ketuk bilik sebelah ,bilik nani tapi dia mgkin tak dgar kot..maklum la baru kul 5,,sape la nak bngn pagi2 mcm ni..aku dgn terhendap2 kuar gak g ambik wuduk..sunyi je pagi 2...seram la jgk..Alhamdulillah selamat jgk aku..xde orang cekup..hehe dalam minda sebenarnya aku lebih takut org daripada hantu..lepas ambik wuduk aku pn terus membacakan surah yasin untuk disedekahkan kepada arwah abang mud aku...mmg sayu sgt..setiap kali membaca yasin mesti terkenang arwah abah...aku tak blh lelap sampai pg..awal betul aku sembahyang subuh pg 2..kul 5.3o subuh masuk terus aku sembahyang...hehe ,sebelum ni nak dkt kul 7 baru sembahyang...apa la aku ni..kenenya tak diberi peluang dah padan muka aku..suka sgt melewatkan sembahyang...kul 7 lbh aku terlelap semula...nani dah menjerit2 suruh aku bangun...hehehe..dia dah siap sapu sampah 2 3 kali,,aku duk lg atas katil...duk terkenang arwah sama...sedih rasa...Tapi kita yang msh hidup kena la tabah n berdoa untuk mereka yang dah tiada kan...Semoga arwah abang mud ditempatkan bersama-sama orang yang ber iman...Al-Fatihah buat insan2 yangku sayanggi..Amin.